Tips Persiapan Diri Sebelum Peperiksaan

a. Cuaca Pastikan anda tidak terdedah dengan perubahan cuaca seperti hujan dan panas untuk mengelakkan daripada dihinggapi pelbagai jenis penyakit b. Waktu Rehat Walaupun anda perlu menggunakan setiap ruang masa untuk belajar tetapi anda juga perlu berrehat yang secukupnya mengikut waktu yang tertentu.Anda perlu tidur dalam jangka masa 6 hingga 7 jam. Ini penting untuk mengelakkan daripada keletihan dan mengantuk. c. Makanan. Pastikan anda mendapat makanan seimbang seperti minum susu, sayur-sayuran dan buah-buahan.Elakkan daripada makan makanan ringan seperti jeruk, minuman bergas dan sebarang makan yang memberi kesan ketidakselesaan pada perut.Elakkan daripada makan makanan yang terlalu berat seperti nasi lemak atau pulut yang boleh...
Baca lagi »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Motivasi Pelajar Cemerlang

INGAT, HAFAZ DAN PRAKTIKKAN Kejayaan saya di masa depan, ditentukan oleh tindakan saya sekarang, bukan prestasi saya masa lalu. O Kecemerlangan dan kesederhanaan atau kegagalan adalah pilihan saya. Ya, saya sendiri bukannya orang lain. O Saya boleh pilih untuk memalaskan diri atau merajinkan diri. Semuanya terletak ke atas saya. O Ibu bapa, guru dan kawan-kawan hanya boleh membantu, tetapi saya yang kena berusaha bersungguh-sungguh. O Sama ada saya mahu membuka pintu kecemerlangan seluas-luasnya atau tidak, terletak ke atas diri saya sendiri. O Ramai pelajar gagal bukan sebab bodoh tapi sebab melakukan kerja bodoh. O Pilih kawan yang membantu bukan yang membantutkan anda. O Pelajar cemerlang mencari jalan, pelajar gagal mencari alasan. O...
Baca lagi »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Video Outreach

Pihak sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling, Ketua Bengkel dan Jawatankuasa Pengambilan Pelajar sedang menjalankan program Outreach 2011 iaitu menerima jemputan dari mana-mana sekolah yang ingin mengadakan sesi ceramah mengenai Kemasukan Pelajar ke Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah dan juga mana-mana Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik seluruh Malaysia. Program akan berlangsung mulai 10 Oktober 2011.Selain itu. kami juga bersedia menerima lawatan guru dan pelajar dari sekolah berdekatan yang ingin mengetahui secara lebih dekat tentang Sekolah Menengah Vokasional Melaka Teng...
Baca lagi »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Cara Mengatasi Masalah Merokok

Sebagai seorang pelajar, maka seharusnya mengikut peraturan yang telah beroperasi sejak seorang pelajar berdaftar di sesebuah sekolah. Pelajar yang bermasalah akan melanggar peraturan untuk memuaskan hatinya dari dibelengu masalah. Salah satunya masalah yang dihadapi oleh seorang pelajar ialah merokok. Biasanya seorang pelajar akan ketagihan merokok hingga menyebabkan mereka terpaksa melanggar peraturan sekolah serta merokok dikawasan sekolah pada waktu sekolah.Kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit cara-cara untuk seorang pelajar berhenti dari merokok. Sebelum itu saya ingin member sedikit sebab, mengapa berhenti merokok itu adalah baik bagi seorang pelajar :Pernafasan Bertambah BaikStamina MeningkatMenjimatkan WangLebih sihatDapat...
Baca lagi »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Remaja Aset Negara

Remaja adalah aset untuk membangunkan negara. Seperti kita lihat hari ini, remaja sering mengalami masalah seperti tekanan dan menyebabkan remaja melakukan perkara yang diluar batasan. Sistem kaunseling disekolah adalah salah satu cara untuk guru-guru membantu pelajar yang bermasalah serta membantu meningkatkan prestasi pelajar dengan memberikan nasihat yang kepada pelajar. Remaja adalah pemimpin yang akan memimpin negara. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud :” Setiap daripada kamu adalah pemimpin.yang bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah jagaannya. Pemimpin negara bertanggungjawab ke atas rakyat di bawah pemerintahannya; seorang lelaki adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap keluarganya; seorang wanita adalah penjaga...
Baca lagi »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Kaunseling Individu

Zuraidah Abdul Rahman (2002) telah mentaktifkan kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien.Shertzer & Stone (1974) menegaskan bahawa kaunseling individu sebagai proses interaksi yang memudahkan pemahaman bermakna mengenai diri dan alam sekelilingnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai-nilai tingkah laku masa hadapan klien.Kamaruzaman Jamal dalam Abdul Halim Othman (1999) mendefinisikan kaunseling individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana...
Baca lagi »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Rekabentuk Dalaman : Asas Bilik Remaja

Selami keperluan kamar tidur yang turut jadi tempat rehat, belajar dan sudut komputer KEPERLUAN bilik tidur anak-anak hari ini bukan sekadar bertumpu tempat tidur, ruang menyimpan pakaian dan barangan keperluan peribadi saja tetapi turut menjadi tempat mereka menelaah pelajaran. Justeru, kelengkapan wajib seperti komputer misalnya, menjadi sebahagian keperluan harian bagi pembelajaran.Kepentingan menyediakan persekitaran dalaman selesa membantu meningkatkan keupayaan mereka berfikir. Menerusi elemen dalaman memberangsangkan berserta barangan kegunaan harian, secara tidak langsung mereka dilatih untuk menitik beratkan kebersihan, disiplin selain apresiasi terhadap keindahan juga aspek penyelenggaraan agar persekitaran kekal tersusun serta...
Baca lagi »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Bilik Kaunseling SMVMT

Pintu Masuk Bilik KaunselingRuang KaunselingRak Borang-BorangRuang MenungguInilah suasana di bilik kaunseling sekolah kami yang sederhana. Walaubagaimana pun kami tetap berbangga sebab mempunyai bilik kaunseling seperti sekolah kami ini. Bilik ini juga mempunyai pelbagai kemudahan asas seperti komputer dan lain-la...
Baca lagi »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Remaja Harapan Negara

Suatu saat dan ketika anda akan mengambil alih kepimpinan negara. Anda akan diberi peluang mentadbir dunia. Tadbirlah dengan semangat anak muda berjiwa patriotik. Andalah pembangun bangsa. Bangunkan dengan nilai-nilai moraliti yang tinggi. Andalah pejuang di medan jihad. Berjuanglah menggunakan segala kudrat dan kekuatan mengharapkan kemenangan di sisi Allah S.W.T. Biar apapun gelora yang melanda hadapi dengan hati yang tenang kerana perjuangan memerlukan kesabaran dan kekuatan akal fikiran.Justeru itu, tinggalkan segala perilaku jelek dan jangan biarkan syaitan berterusan menjadi penghalang melakukan segala kebaik...
Baca lagi »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Masalah Yang Sering Dialami

Sebagai kaunselor seharusnya mengambil tahu masalah-masalah yang mungkin dihadapi yang menghalang perlaksanaan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah menengah. Walaupun dipercayai guru yang dipertanggungjawabkan sebagai guru bimbingan atau kaunselor mampu menjalankan tugas dengan baik, tidaklah dapat dinafikan kaunselor akan menghadapi pelbagai rintangan dalam melaksanakan tugasnya.Mengenalpasti masalah yang bakal dihadapi dapat membantu saya sebagai kaunselor menghadapi rintangan dengan mudah supaya segala perancangan yang dicadangkan dapat berjalan dengan lancar.Antara masalah yang dihadapi bagi menjalankan program kaunseling di sekolah menengah: Proses perlantikanPada peringkat awal dahulu kuasa melantik guru bimbingan adalah di tangan pengetua...
Baca lagi »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Aktiviti Tahunan

Pendedahan Unit Bimbingan Kaunseling - memberi penerangan secara ringkas peranan unit ini dan guru-guru yang terlibat. Tujuaannya ialah supaya pelajar mengenali dan pengetahuan peranan tersebut dan memblehkan mereka mendapat manfaatnya. Program ini dijalankan semasa Minggu Orientasi Tingkatan Satu. Ibu bapa juga akan diberi taklimat dalam program ini.Program Didikan Kasih dan Mesra - pengisian program ini ialah dengan memberi ceramah agama, penerangan tentang akademik, pemainan dan kauseling dan permainan di padang. Ini memupuk hubungan yang baik di antara guru dan pelajar-pelajar di samping mengembangkan bakat pelajar.Kaunseling Individu - menjalankan proses kaunseling kepada pelajar yang mempunyai masalah sama ada mereka datang sendiri ataupun...
Baca lagi »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Program Bimbingan & Kaunseling Yang Terancang

Bimbingan Perkembangan Personaliti - kaunselor berperanan menentukan agar pelajar menanam perasaan dan kepercayaan bahawa dirinya berkebolehan dan dihargai. Kaunselor juga bertanggungjawab menyebarkan maklumat tentang tingkat-tingkat perkembangan individu, dan maklumat untuk memahami tingkah laku remaja. Program atau kursus motivasi, kemahiran berkomunikasi dan perkembangan konsep kendiri dianjurkan.Bimbingan Perkembangan Kerjaya - Kaunselor berperanan menyediakan pelajar dengan dunia pekerjaan. Kaunselor menyusun dan melaksanakan program-program seperti kursus kerjaya, lawatan kerjaya dan latihan temuduga untuk membolehkan palajar mempelajari hal-hal diri supaya pilihan bidang kerjaya yang sesuai dapat dibuat. Kaunselor bertanggungjawab mengumpul...
Baca lagi »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Objektif Khusus

Meningkatkan kecemerlangan akademik murid dengan mengadakan:Pemilihan mata pelajaran secara berkesan.Kemahiran belajar.Memberi pendedahan kerjaya kepada murid dengan cara melaksanakan :Mengumpul dan menyebarluaskan maklumat pelajaran dan peluang-peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam, swasta dan institusi latihan kemahiran.Ujian psikometrik.Berusaha mempertingkatkan sahsiah murid melalui:Program psikososial.Program kesejahteraan mental.Meningkatkan kefahaman mengenai keibubapaan dan perkembangan kesejahteraan individu melalui:Konsultasi keibubapaan.Kaunseling keluarga.Mencapai Sekolah Bebas Dadah menggunakan pendekatan pendidikan pencegahan dadah melalui:-Pendekatan Keluarga CemerlangPembentukan Jati Diri RemajaSekolah Bebas DadahMembangunkan daya kepimpinan dan pembangunan diri murid melalui:Mengenal Diri Dan Potensi...
Baca lagi »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Piagam Pelanggan

Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme.Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan tertakluk kepada persetujuan klien.Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat yang sesuai dalam tempoh 48 jam.Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis.Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan Guru Kaunseling.Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh jujur, ikhlas dan beretika. Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu menyumbang kepada neg...
Baca lagi »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Misi

Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan mur...
Baca lagi »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Visi

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang terapeutik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 20...
Baca lagi »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati