Aktiviti Tahunan













  1. Pendedahan Unit Bimbingan Kaunseling - memberi penerangan secara ringkas peranan unit ini dan guru-guru yang terlibat. Tujuaannya ialah supaya pelajar mengenali dan pengetahuan peranan tersebut dan memblehkan mereka mendapat manfaatnya. Program ini dijalankan semasa Minggu Orientasi Tingkatan Satu. Ibu bapa juga akan diberi taklimat dalam program ini.
  2. Program Didikan Kasih dan Mesra - pengisian program ini ialah dengan memberi ceramah agama, penerangan tentang akademik, pemainan dan kauseling dan permainan di padang. Ini memupuk hubungan yang baik di antara guru dan pelajar-pelajar di samping mengembangkan bakat pelajar.
  3. Kaunseling Individu - menjalankan proses kaunseling kepada pelajar yang mempunyai masalah sama ada mereka datang sendiri ataupun yang dirujuk oleh guru lain. Masa program ini adalah berterusan sepanjang tahun.
  4. Kaunseling Kelompok - menjalankan proses kaunseling secara berkelompok kerana mempunyai masalah yang sama. Perkara yang umum dibincangkan ialah pemilihan aliran dan elektif, hubungan dengan rakan sebaya, masalah pelajaran dan sebagainya.
  5. Minggu Kerjaya - mempamerkan maklumat mengenai kerjaya seperti, kelayakan, tempat latihan, prospek dan sebagainya. Faedahnya, pelajar mengetahui perkara yang seharusnya mereka lakukan untuk mencapai kerjaya yang diidamkan.
  6. Kempen Sekolahku Rumahku - Memupuk semangat cintakan sekolah. Ini menggalakkan pelajar menjaga kebersihan, mengindahkan dengan dengan pokok-pokok bunga dan mural. di samping dapat mengurangkan sikap vandalisme seperti memecah meja dan kerusi, mencuri harta dan merosakkan pagar sekolah.
  7. Kegiatan Seni Anti Dadah - Membuat persembahan kebudayaan yang bertemakan anti dadah. Contohnya ialah mengadakan pertandingan deklamasi sajak, boria, dikir barat, kuiz, pertandingan melukis poster dan lain-lain.
  8. Menyimpan rekod - menyedia dan menyimpan rekod peribadi pelajar untuk kegunaan kaunselor, guru kelas dan pentadbir sekolah
  9. Program Motivasi PMR dan SPM - program yang dijalankan untuk membantu pelajar menghadapi peperiksaan. Ini bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar akan kepentingan peperiksaan dan tindakan yang sewajarnya mereka ambil untuk menghadapi peperiksaan .
  10. Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM - Mendedahkan kepada para pelajar teknik menjawab soalan peperiksaan dengan betul.
  11. Program Selepas PMR - Menjalankan pelbagai pertandingan seperti sukan dan permainan, pertandingan syarahan, nasyid, kuiz, deklamasi sajak ceramah teknik dan vokasional, kesihatan, undang-undang jalanraya dan sebagainya. Sebagai kaunselor seharusnya mengambilkira perkhimatan kaunseling merupakan satu perkhidmatan yang profesional, maka kaunselor haruslah mengikuti prinsip-prinsip dan etika tertentu semasa berurusan dengan klien, guru-guru dan pentadbir.
Menurut Roeber, Smith dan Erickson (1955), panduan-panduan di bawah boleh digunakan oleh kaunselor semasa menjalankan tugas mereka di sekolah.
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Leave a comment