Pengenalan

APAKAH PERKHIDMATAN KAUNSELING?

Perkhidmatan ini disediakan khas untuk membimbing dan menolong pelajar memahami dirinya sendiri serta mampu mencipta kehidupan yang bermakna pada masa depan. Perkhidmatan ini memberi bimbingan dan perkhidmatan dalam bidang Akademik, Kerjaya, Sosial peribadi, Keluarga dan juga dalam hal‐hal lain.

ETIKA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

  • SEGALA MAKLUMAT ADALAH RAHSIA
  • SALING HORMAT MENGHORMATI
  • BERTINDAK ADIL DAN BERMORAL
  • KEPENTINGAN PELAJAR DIUTAMAKAN

OBJEKTIF PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Perkhidmatan percuma dan ikhlas ini adalah untuk :
  1. Mengenal dan memahami diri sendiri. Apakah kelemahan dan kekuatan yang ada pada diri seseorang pelajar.
  2. Merancang masa depan yang sesuai dengan kemampuan dan matlamat hidup.
  3. Belajar menghargai sumbangan dan jasa ibu bapa, guru‐guru dan rakan‐rakan.
  4. Membuat penyesuaian peribadi, akademik, social, emosi dan persekitaran.
  5. Membantu pelajar memilih kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan personalitinya.
  6. Melatih berfikir secara rasional dan bertindak dengan berkesan serta mampu membuat keputusan tepat.
  7. Membentuk ciri‐ciri akhlak yang baik untuk menjadi warganegara yang berguna.
  8. Mendedahkan bakat, minat dan kelebihan‐kelebihan diri/potensi diri yang terpendam.
CARA HENDAK BERJUMPA DENGAN KAUNSELOR

  • DATANG KE BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING
  • AMBIL BORANG TEMUJANJI DAN LENGKAPKAN
  • KEMBALIKAN BORANG KEPADA KAUNSELOR
  • PASTIKAN TARIKH DAN MASA TEMUJANJI TERSEBUT DENGAN KAUNSELOR

JANGAN BIARKAN POTENSI DIRI ANDA TERUS TENGGELAM DAN JANGAN BIARKAN IA MENGHALANG.

JADILAH PELAJAR KEBANGGAAN SEKOLAH DAN ANAK KESAYANGAN KELUARGA.


BLOG UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMVMT

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling SMVMT ini ditubuhkan secara rasminya pada 13 September 2011. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga SMVMT dan semua pengunjung blog ini tentang aktiviti yang dijalankan dan info berguna dari masa ke semasa.

Selain itu, Blog UBK ini juga ditubuhkan kerana ingin menyertai pertandingan sempena Karnival Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling (Murid) Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah Negeri Melaka yang bertemakan 1 Sekolah 1 Blog Ke Arah Tranfomasi Perkidmatan Bimbingan Dan Kaunseling.

Tujuan kami menyertai pertandingan ini ialah untuk mencuba sesuatu yang baru tahu bagi memahirkan diri dalam bidang-bidang yang lain seperti ICT. Melalui cara ini kami akan dapat menyebarkan maklumat tentang kaunseling SMVMT kepada umum. Blog interaktif ini diharapkan akan menerima maklumbalas dari pihak-pihak luar supaya penambah-baikkan dapat dilakukan.

Unit Bimbingan & Kaunseling SMVMT akan cuba sebaik mungkin memberi perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan dan seterusnya memberi impak positif terhadap sekolah dan persekitarannya, serta melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Blog ini dikendalikan oleh lima orang Moderator yang terdiri dari empat orang pelajar - dua pelajar Tingkatan 5 (Hasbullah Bin Md Som & Baihaqi Bin Mohd Yahya) dan 2 pelajar Tingkatan 4 (Fatin Syahierah binti Nordin & Nur Ezzaiti Arfina binti Abd Rahman) dan seorang guru pembimbing. Dengan kerjasama kaunselor dari Unit Bimbingan & Kaunseling SMVMT yang diketuai oleh Pn Hjh Pauziah binti Kassim, kami memperolehi bahan-bahan dan maklumat-maklumat yang diperlukan. Manakala Guru Pembimbing kami iaitu Pn Nor Faizah bitni Anuar membimbing kami bagaimana cara membangun dan merekabentuk blog agar kelihatan menarik dan interaktif.

Sekian, Terima kasih.