Program Bimbingan & Kaunseling Yang Terancang

Bimbingan Perkembangan Personaliti - kaunselor berperanan menentukan agar pelajar menanam perasaan dan kepercayaan bahawa dirinya berkebolehan dan dihargai. Kaunselor juga bertanggungjawab menyebarkan maklumat tentang tingkat-tingkat perkembangan individu, dan maklumat untuk memahami tingkah laku remaja. Program atau kursus motivasi, kemahiran berkomunikasi dan perkembangan konsep kendiri dianjurkan.

Bimbingan Perkembangan Kerjaya - Kaunselor berperanan menyediakan pelajar dengan dunia pekerjaan. Kaunselor menyusun dan melaksanakan program-program seperti kursus kerjaya, lawatan kerjaya dan latihan temuduga untuk membolehkan palajar mempelajari hal-hal diri supaya pilihan bidang kerjaya yang sesuai dapat dibuat. Kaunselor bertanggungjawab mengumpul maklumat berkenaan kerjaya serta peluang-peluang pengajian tinggi dan latihan yang diperlukan.

Bimbingan dan Perkembangan Pembelajaran - Pelajar diberi bimbingan untuk menjaga prestasi pencapaian akademiknya. Kaunselor berperanan memotivasikan pelajar-pelajar yang kurang yakin tentang kebolehan diri, yang sengaja menggagalkan diri dan yang telah berputus asa dengan pencapaian akademik mereka. Kaunselor juga berperanan dalam membimbing pelajar memperoleh kemahiran belajar, cara-cara mengawal tekanan, kemahiran mengurus masa dan teknik belajar berkesan dan menjawab peperiksaan. Khemah atau perkampungan akademik biasanya dibuat di luar sekolah untuk memberi persekitaran yang lain kepada pelajar dan bukan persekitaran sekolah yang mereka anggap membosankan.

Bimbingan Penyesuaian Diri - kaunselor berperanan memberi persediaan kepada pelajar menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. Minggu Siratulrahim diperkenalkan kepada pelajar tingkatan satu selama seminggu dan Minggu Pengurusan kepada pelajar tingkatan empat. Tujuannya supaya pelajar dapat menyesuaikan diri dengan sekolah, persekitaran, budaya dan pelajaran-pelajaran baru.

Bimbingan Tingkah Laku – kaunselor di sekolah menengah selalu dimintakan menyelasaikan masalah disiplin pelajar. Pihak disiplin sekolah menolak pelajar yang melakukan kesalahan disiplin berulangkali kepada kaunselor untuk diselesaikan. Melalui kaunseling individu atau kelompok pelajar berkenaan diminta mengubah sikap mengikut peraturan sekolah.

Perkhidmatan Kaunseling - Kaunselor memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara individu atau kelompok. Ini bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami keadaan dan memperolehi keupayaan untuk bertindak mengatasi ketidakselesaan yang dialaminya.

Selain itu juga perkhimatan kaunseling juga memberi perkhidmatan pakar runding kepada guru-guru yang sentiasa menghadapi isu-isu berkaitan dengan tingkahlaku pelajar, perhubungan pelajar dan hal-hal perkembangan personaliti pelajar-pelajar di sekolah.
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Leave a comment