Motivasi Pelajar Cemerlang


INGAT, HAFAZ DAN PRAKTIKKAN
Kejayaan saya di masa depan, ditentukan oleh tindakan saya sekarang, bukan prestasi saya masa lalu.
    O Kecemerlangan dan kesederhanaan atau kegagalan adalah pilihan saya. Ya, saya sendiri bukannya orang lain.

    O Saya boleh pilih untuk memalaskan diri atau merajinkan diri. Semuanya terletak ke atas saya.

    O Ibu bapa, guru dan kawan-kawan hanya boleh membantu, tetapi saya yang kena berusaha bersungguh-sungguh.

    O Sama ada saya mahu membuka pintu kecemerlangan seluas-luasnya atau tidak, terletak ke atas diri saya sendiri.

    O Ramai pelajar gagal bukan sebab bodoh tapi sebab melakukan kerja bodoh.

    O Pilih kawan yang membantu bukan yang membantutkan anda.

    O Pelajar cemerlang mencari jalan, pelajar gagal mencari alasan.

    O Selagi aku berusaha, selagi itulah aku berpeluang untuk berjaya.

    O Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Lagi banyak saya berkorban, maka lagi baiklah peluang saya untuk berjaya.

    O Biarlah sakit untuk mendisiplinkan diri daripada sakit menyesal.

    O Pelajar cemerlang – Faham sepenuhnya. Pelajar sederhana – Faham sebahagian sahaja. Pelajar lemah – Banyak yang tak difahami.

    O Perbezaan utama di antara pelajar cemerlang, sederhana dan lemah ialah DARJAH KEFAHAMAN sesuatu tajuk atau subjek yang dipelajari.

    O Rahsia kejayaan pelajar di sekolah: FAHAM APA YANG DIAJAR DI KELAS DAN APA YANG DIPELAJARI DI RUMAH.

    O Tidak ada pelajar BODOH, yang ada hanyalah pelajar yang FAHAM atau TAK FAHAM. Yang FAHAM pula, ada yang CEPAT FAHAM, ada yang LAMBAT FAHAM.

    O Lebih baik tidur awal dan lebih baik tidur di rumah, daripada tidur dalam kelas.

    O Berikan tumpuan dan konsentrasi- JANGAN TIDUR DI DALAM KELAS.

    O Tukarkan IMPOSSIBLE atau I’M POSSIBLE.

    O Salah satu sebab pelajar gagal – MEREKA SENDIRI TAK BERI PELUANG KEPADA DIRI MEREKA  UNTUK BERJAYA. Kenapa – MEREKA TIDAK PERCAYA, TIDAK YAKIN AKAN KEBOLEHAN YANG ADA PADA DIRI SENDIRI.

    O KEPERCAYAAN – Sesuatu perkara yang diterima sebagai benar. Ia mungkin benar, ia mungkin karut! Ia menjadi benar jika kita mempercayainya, WALAUPUN SEBENARNYA IA PERKARA KARUT.

    O Pelajar yang malas belajar bukan jadi malas sebab mereka sememangnya suka jadi malas. Salah satu punca ialah MEREKA TIDAK MEMPERCAYAI KEBOLEHAN ATAU KEMAMPUAN DIRI SENDIRI.

    O SIKAP POSITIF (YES, I CAN DO IT) – Meyakini bahawa tindakan yang akan diambil berupaya membuahkan hasil seperti yang diingini.

    O SIKAP NEGATIF ( NO, I CAN’T DO IT) – Meyakini bahawa tindakan yang diambil berkemungkinan tidak akan membuahkan hasil seperti yang diingini.

    O Saya mesti percaya bahawa saya akan berjaya jika saya mahu berjaya.

    O Minda adalah batasannya. Selagi kita dapat membayangkan bahawa kita boleh melakukan sesuatu, kita mampu melakukannya selagi kita mempercayainya 100%.
    Maksud Hadith “Empat perkara yang aku takut berlaku ke atas ummatku”.
    • Pertama – kuat makan
    • Kedua – Banyak tidur
    • Ketiga – Malas
    • Keempat – Lemah Keyakinan

    Sumber Rujukan:
    http://disertasi.blogspot.com/2007/07/siri-motivasi-3-motivasi-pelajar.html
    These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
    • Digg
    • Sphinn
    • del.icio.us
    • Facebook
    • Mixx
    • Google
    • Furl
    • Reddit
    • Spurl
    • StumbleUpon
    • Technorati

    Leave a comment