Tips Persiapan Diri Sebelum Peperiksaan

a. Cuaca
  1. Pastikan anda tidak terdedah dengan perubahan cuaca seperti hujan dan panas untuk mengelakkan daripada dihinggapi pelbagai jenis penyakit

b. Waktu Rehat

  1. Walaupun anda perlu menggunakan setiap ruang masa untuk belajar tetapi anda juga perlu berrehat yang secukupnya mengikut waktu yang tertentu.
  2. Anda perlu tidur dalam jangka masa 6 hingga 7 jam. Ini penting untuk mengelakkan daripada keletihan dan mengantuk.

c. Makanan.

  1. Pastikan anda mendapat makanan seimbang seperti minum susu, sayur-sayuran dan buah-buahan.
  2. Elakkan daripada makan makanan ringan seperti jeruk, minuman bergas dan sebarang makan yang memberi kesan ketidakselesaan pada perut.
  3. Elakkan daripada makan makanan yang terlalu berat seperti nasi lemak atau pulut yang boleh mendatangkan rasa keletihan kerana terlalu kekenyangan.

d. Emosi.

  1. Pastikan anda berada di dalam keadaan tenang dan ceria.
  2. Keadaan yang tenang boleh membantu anda berfikir dengan lebih baik. Ingat! Kebanyakan soalan memerlukan anda berfikir sebelum menjawab.
  3. Keadaan yang cemas menyebabkan anda tidak mampu berfikir panjang, mengakibatkan anda tidak mampu menjawab soalan, rasa kurang yakin serta mudah putus asa.
  4. Jangan berkelakuan tidak sopan atau melakukan apa-apa tindakan yang boleh menimbulkan rasa marah oleh guru, rakan dan ibubapa. Kedaan dan suasana begini boleh mencetuskan ketegangan dan berakhir dengan tekanan emosi.
  5. Banyak bersabar serta berdoa kepad Allah agar segala usaha yang dilakukan selama ini dapat diberkatiNya.
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Leave a comment