Cara Mengatasi Masalah Merokok

Sebagai seorang pelajar, maka seharusnya mengikut peraturan yang telah beroperasi sejak seorang pelajar berdaftar di sesebuah sekolah. Pelajar yang bermasalah akan melanggar peraturan untuk memuaskan hatinya dari dibelengu masalah. Salah satunya masalah yang dihadapi oleh seorang pelajar ialah merokok. Biasanya seorang pelajar akan ketagihan merokok hingga menyebabkan mereka terpaksa melanggar peraturan sekolah serta merokok dikawasan sekolah pada waktu sekolah.

Kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit cara-cara untuk seorang pelajar berhenti dari merokok. Sebelum itu saya ingin member sedikit sebab, mengapa berhenti merokok itu adalah baik bagi seorang pelajar :
  • Pernafasan Bertambah Baik
  • Stamina Meningkat
  • Menjimatkan Wang
  • Lebih sihat
  • Dapat memelihara persekitaran dari pencemaran
Ini adalah kebaikan berhenti merokok bagi seorang pelajar sekolah. Ianya amat baik untuk kesihatan tubuh badan. Bagi seorang perokok, agak sukar untuk berhenti dari merokok. Sebab-sebabnya ialah Nikotine dalam tembakau menyebabkan ketagihan kepada seseorang perokok. Selain itu perokok akan rasa letih dan murung apabila tidak merokok.

Terasa rugi sebagai seorang pelajar yang merokok. Kerana wang saku yang diberi oleh ibu bapa, mereka terpaksa menggunakannya untuk tujuan yang sia-sia. Bagaimana cara berhenti merokok?
  • Tanamkan niat untuk berhenti dari merokok dan sedar bahawa merokok adalah salah satu perkara yang tidak mendatangkan faedah.
  • Menetapkan tarikh untuk berhenti merokok.
  • Minta bantuan dari rakan anda untuk menegur anda jika anda terlupa bahawa anda mahu berhenti merokok.
  • Melakukan senaman setiap hari
  • Mencari aktiviti yang berfaedah (Bergotong Royong)
  • Sibukkan diri anda dengan kerja harian
  • Mendapatkan khidmat nasihat dari doktor
  • Minum air berlebihan
  • Menarik nafas panjang
Credit by :
http://halamanfantasi.blogspot.com
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Leave a comment