Kertas Kerja

Tajuk : Membina Blog Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah


Rasional:

  1. Ramai guru dan pelajar masih kabur dan samar mengenai fungsi sebenar Unit Bimbingan & Kaunseling.
  2. Melalui Blog diharap guru dan pelajar mendapat pendedahan yang lebih mengenai fungsi Unit Bimbingan & Kaunseling.
  3. Dengan menggunakan Blog, maklumat dan info berguna dapat disebar luas tanpa had.

Matlamat:

Meningkat kesedaran dan memupuk minat guru dan pelajar menggunakan IT sebagai satu cara menyebarluas maklumat berkaitan Unit Bimbingan & Kaunseling. Dengan kaedah ini juga, maklumat yang dimuatkan di dalam blog dapat dikongsikan dengan para pengunjung.


Objektif:
  1. Membina Blog untuk Unit Bimbingan & Kaunseling.
  2. Menyebarluas maklumat berkaitan Bimbingan dan Kaunseling untuk bacaan semua.
  3. Menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Melaka sempena Karnival Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling (Murid) Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah Negeri Melaka yang bertemakan 1 Sekolah 1 Blog Ke Arah Tranfomasi Perkidmatan Bimbingan Dan Kaunseling.
  4. Melatih dan mendidik pelajar menggunakan IT dalam menyebarkan maklumat berkaitan Unit Bimbingan & Kaunseling.

Sasaran Peserta:

4 orang pelajar SM Vokasional Melaka Tengah
3 orang Guru Kaunselor SM Vokasional Melaka Tengah


Guru Pembimbing:

Pn Nor Faizah binti Anuar (Guru Penyelaras Bestari SM Vokasional Melaka Tengah)


Tempoh:
25 Ogos - 1 Nov 2011



Tempat:

Taklimat Guru Pembimbing - Makmal Siber
Pembinaan Blog - Makmal Siber
Penghakiman Pertandingan Blog - Online
Karnival Merekayasa & Penyampaian Hadiah - Akan diberitahu kelak


Tarikh Penting:

25 Ogos 2011 - Surat Jemputan Penyertaan
8 September 2001 - Taklimat Guru Pembimbing
13 September 2011 - Pembinaan Blog
30 September 2011 - Hantar Borang Penyertaan
07 Oktober 2011 - Penghakiman Pertandingan Blog
01 November 2011 - Karnival Merekayasa & Penyampaian Hadiah


Keperluan:

Talian Internet - Guna talian Schoolnet sekolah
Komputer/Laptop - Laptop guru atau komputer Malmal Siber.
Kamera - Kamera sekolah atau kamera guru
Kertas Folio saiz A4 - 1 set


Anggaran Perbelanjaan:

RM 3.00 (Kos untuk kertas folio sahaja)
Kos-kos lain tidak diperlukan kerana kami menggunakan kemudahan sekolah.


Tindakan dan Cadangan:
  1. Mengadakan perjumpaan dengan guru pembimbing dan meminta perincian tugas dalam melaksanakan projek ini.
  2. Melantik ketua kumpulah.
  3. Merancang kaedah melaksanakan projek dari segi penyediaan blog, mencarian bahan, penyusunan dan persembahan. 
  4. Mengadakan perbincangan untuk memilih template blog bersesuaian dengan tema projek dan membuat pembahagian tugas. Antara tugas yang perlu dilaksanakan ialah merekabentuk header blog menggunakan Adobe Photoshop; mencari widget yang sesuai; mencari bahan berkaitan kaunseling dari internet, Kaunselor dan HEM; mengambil gambar-gambar yang diperlukan dengan menggunakan kamera guru; memilih gambar-gambar yang bersesuaian dan menyusun mengikut entry di dalam blog.
  5. Ketua kumpulan mendaftar akaun google, mencipta blog, menjemput dan melantik rakan ahli menjadi pentadbir bersama.
  6. Setiap ahli menjalankan tugas masing-masing dengan membuat pengisian-pengisian pada blog.
  7. Meminta pendapat dan maklumbalas dari guru pembimbing terhadap pengisian-pengisian yang telah dilaksanakan.

Penilaian Blog & Persembahan:

Hasil dan Fungsi Blog yang dibina. Pemarkahan akan ditentukan oleh panel Hakim yang telah dilantik oleh penganjur.